Penerangan
18 Ogos 2021- Kuala Terengganu, Terengganu- Pegawai penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor telah menjalankan 2 Operasi Catat dan Kamera Video bagi mengesan pelepasan asap hitam berlebihan daripada kenderaan. Lokasi operasi dijalankan di daerah Kuala Terengganu dan Besut.
Pemerhatian secara visual melibatkan sebanyak 328 buah kenderaan dengan pecahan jenis kenderaan adalah Lori(174), Lori Kecil (48), Trak Ringan(86) dan Van(20).
Tindakan susulan kepada pemilik kenderaan yang dikesan melepaskan asap hitam boleh diambil dengan mengeluarkan satu notis arahan dibawah Seksyen 31(1)(d) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kenderaan tersebut perlu menjalankan pemeriksaan ujian asap di mana-mana Puspakom negeri atau cawangan di seluruh negara.
Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996