PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS JAS TERENGGANU DAN JAS IBU PEJABAT BERSAMA PIHAK INDUSTRI-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS JAS TERENGGANU DAN JAS IBU PEJABAT BERSAMA PIHAK INDUSTRI-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

16 Ogos 2021- Kuala Terengganu, Terengganu.  Hari ini, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan sesi libat  urus bersama pihak Syarikat Epic Oil Field Services Sdn. Bhd. Perbincangan secara virtual yang dihadiri oleh YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah, JAS Terengganu bersama Ketua Cawangan Kemaman, Encik Wan Azuan bin Wan Omar hadir secara fizikal di Bilik Operasi JAS Terengganu Sesi libat urus ini turut dihadiri bersama pegawai kanan dari Bahagian Bahan  Berbahaya, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya. Perkara yang dibincangkan adalah adalah mengenai kebenaran bertulis di bawah seksyen 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi cadangan projek mendirikan kemudahan penstoran luar tapak buangan terjadual. Pada sesi ini, pihak syarikat berkenaan telah membentangkan mengenai operasi premis   termasuk tanggungjawab merekod buangan terjadual dan penggunaan eSWIS.  Turut dibentangkan adalah prosedur pengangkutan buangan terjadual.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan