Penerangan
5 Ogos 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, Ketua Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bersama Ketua Unit EIA telah menghadiri mesyuarat “Term Of Reference Adequacy Check (TORAC)” secara virtual.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs.Dr Norhasni binti Mat Sari , Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Alam Sekitar.
Mesyuarat ini membincangkan apakah syarat yang perlu dikenakan bagi projek ini supaya perancangan dalam pembangunan projek dan kepentingan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan mampan.