Penerangan
5 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu- Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Mahkamah Bil. 3/2021.
YBrs. Encik Ramli bin Abd.Rahman, Pengarah JAS Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat secara fizikal di pejabat. Hadir sama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd dan Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi merangkap Pegawai Pendakwa sebagai urusetia.
Mesyuarat ini turut dihadiri secara virtual oleh Ketua Penolong Pengarah merangkap Ketua Bahagian Pembangunan Encik Mohd Norli bin Abdullah dan Timbalan Ketua Cawangan Kemaman, Puan Zuraini binti Mohd Sinin dan ahli-ahli Jawatankuasa yang telah dilantik.
Tujuan mesyuarat ini adalah bagi mendapatkan status tindakan kes-kes mahkamah oleh pegawai pendakwa Jabatan dan membincangkan isu-isu berbangkit.