Penerangan
5 Ogos 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, Y.Brs Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan perbincangan dua hala dengan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu dan pegawai kanan.
Sesi yang diadakan secara virtual ini turut dihadiri bersama Timbalan Pengarah JAS Terengganu, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd.
Fokus perbincangan ini adalah berhubung peranan MKN dan JAS dalam pelaksanaan Teras 7 : Pembangunan Mapan di bawah Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dan isu-isu alam sekitar di negeri Terengganu.