Penerangan
4 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa telah menjalankan penguatkuasaan ke atas premis industri yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan pemeriksaan pematuhan SOP di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ( Akta 342).
Penguatkuasaan tertumpu kepada premis industri dan tapak-tapak cadangan projek industri yang telah mendapat kelulusan EIA yang berada di sekitar Bandar Chukai, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kemaman Supply Base (KSB).
Selain premis industri, rondaan mencegah pembakaran terbuka juga dilakukan yang melibatkan kawasan penempatan dan taman-taman perumahan yang berada di sepanjang rondaan dan pemantauan tersebut.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada keadaan yang mencurigakan ditemui.
Kesiap siaga semua pegawai dalam melaksanakan tugas mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, fasa 2 sentiasa dipatuhi.