Penerangan
12 Ogos 2021, Kuala Lumpur - Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar WPKL (KASKUL) menganjurkan Majlis Bacaan Yasin secara mingguan iaitu pada setiap Khamis bermula jam 8.00 malam. Majlis ini diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom Meeting.
Majlis Bacaan Yasin ini dipimpin oleh Encik Mohd Shafiq Aizad bin Mohd Saad dari Bahagian Teknologi Maklumat JASWPKL.
Semoga dengan majlis bacaan yasin dan doa yang dibacakan, Allah S.W.T mengurniakan kesembuhan kepada pegawai-pegawai dan keluarga yang disahkan positif Covid-19 dan semoga diberikan perlindungan, ketabahan dan semangat kepada pegawai-pegawai JASWPKL dalam melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.