Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MELAPOR DIRI PELAJAR INTERNSHIP DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL)
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/08/2021
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
24 Ogos 2021, Kuala Lumpur - JAS WPKL telah menerima dua (2) orang pelajar untuk memulakan sesi latihan industri selama lapan (8) minggu. Pelajar-pelajar tersebut ialah Cik Iffah Hafizah Yusri dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan Cik Amirah Anis Azman dari Universiti Malaysia Perlis.
JAS WPKL mengalu-alukan kehadiran mereka demi menimba ilmu dan pengalaman sepanjang berada di sini.
Sesi latihan internship oleh para pelajar ini akan dilaksanakan mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).