18 OGOS 2021, WP KUALA LUMPUR – Pasukan Penguatkuasa JAS WPKL telah menjalankan siasatan ke atas empat (4) lokasi aduan pembakaran terbuka yang berlaku di sekitar kawasan Jalan Awan Selimpat, Jalan Awan Cina, sekitar rizab Sungai Kuyoh dan PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur. Hasil siasatan, Pasukan Penguatkuasa JAS WPKL telah menemui kesan pembakaran terbuka ke atas sampah-sarap, bahan buangan pembinaan dan daun-daun kering yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
Sebagai tindakan, Pasukan Penguatkuasa JAS WPKL telah memberi amaran tegas dengan menampal Notis Larangan mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka di kawasan terbabit.
JAS WPKL menyeru orang ramai untuk melaporkan sebarang kes pencemaran alam sekitar kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui sistem e-aduan di
[email protected].
Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.