Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN PENGUATKUASAAN TERHADAP ADUAN BUNYI BISING TERHADAP PROJEK EIA YANG DILULUSKAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JAS WPKL)
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/08/2021
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
19 Ogos 2021, Kuala Lumpur - Unit Post EIA, JAS WPKL telah menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan ke atas satu (1) projek EIA bersama-sama pihak penggerak projek. Selain itu, pemantauan SOP di bawah Akta 342 turut dijalankan.
Siasatan dijalankan ke atas aduan bunyi bising kemudahan pengangkutan awam dan lebuhraya oleh penduduk perumahan berhampiran serta mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang keadaan di lokasi yang diadu.
Penggerak projek telah diarahkan untuk memastikan langkah-langkah kawalan yang efektif dilaksanakan dan menjalankan pengawasan bunyi bising secara berkala sepertimana yang dinyatakan dalam syarat kelulusan EIA.
Jabatan ingin menyeru supaya semua penggerak projek agar sentiasa mematuhi semua syarat-syarat kelulusan EIA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.