Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) & AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342) OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR (JAS WPKL)
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/08/2021
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
25 OGOS 2021 KUALA LUMPUR : JAS WPKL terus komited menjalankan rondaan dan pemantauan ke atas premis industri di WP Kuala Lumpur bagi memastikan pematuhan sepenuhnya di bawah Akta 127 dan Akta 342.
Pegawai-pegawai Penguatkuasa JAS WPKL telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis di kawasan Perindustrian Kepong, Kuala Lumpur mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN/KKM. Pemain industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 dan Akta 342 sepanjang tempoh premis beroperasi.