25 Ogos 2021, KUALA LUMPUR : Hasil maklumat daripada aduan awam yang diterima oleh Unit Aduan JAS WPKL mengenai kejadian dan aktiviti pembakaran terbuka yang dijalankan di sekitar Jalan Desa Cheras, Batu Caves, Petaling dan Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, pegawai penyiasat JAS WPKL telah menemui kesan pembakaran terbuka daripada aktiviti perkebunan yang dilakukan oleh penduduk setempat.
Sebagai tindakan, pihak pelaku telah diberikan amaran tegas dan penerangan mengenai maklumat kesedaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan pembakaran terbuka walaupun di dalam kawasan kediaman sendiri.
Orang ramai juga diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuang sampah-sarap di kawasan yang tidak dibenarkan, kerana ini boleh menggalakkan aktiviti pembakaran terbuka secara meluas.
JAS WPKL berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui sistem e-aduan:
[email protected].
Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.