PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN KE ATAS ALERT SYSTEM EQMP OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN KE ATAS ALERT SYSTEM EQMP OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

WP Kuala Lumpur, 29 Ogos 2021 : JAS WPKL telah menjalankan siasatan ke Stesen Pengawasan Automatik CR12W di lokasi pertemuan Sg. Gombak & Sg. Klang berhampiran Masjid Jamek, Kuala Lumpur sebaik menerima notifikasi dari sistem amaran awal EQMP yang mengesan insiden penurunan bacaan parameter Dissolved Oxygen (DO) pada paras kurang dari 2.0 Mg/l. Hasil siasatan di lokasi mendapati air sungai berada dalam keadaan keruh akibat dari hujan lebat yang turun pada awal pagi. Air larian permukaan semasa hujan lebat mempunyai daya aliran yang kuat mengakibatkan kadar hakisan tanah yang tinggi dan ini menyumbang kepada punca kekeruhan air sungai. Walau bagaimanapun, tiada kejadian ikan mati ditemui di sepanjang sungai ini. Sungai Klang adalah dikategorikan di bawah kelas III dan bukan merupakan sumber air bagi tujuan minuman. Pemerhatian juga mendapati terdapat debris/sampah- sarap di sepanjang sungai ini. Pemantauan melalui dron turut dilakukan untuk meninjau kemungkinan punca-punca pencemar di sepanjang sungai ini. Dalam usaha menangani isu pencemaran air sungai dengan efektif dan sistematik, penggunaan sistem amaran awal EQMP berupaya untuk memacu tindakan awal penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemar alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan