PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Kursus Pemantapan Pasukan Pegawai JAS Gred 41 - 44 (Secara atas talian)

DOE WP Putrajaya 28/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Kursus Pemantapan Pasukan Pegawai JAS Gred 41 - 44 (Secara atas talian)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/08/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

20 Ogos 2021 - Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menganjurkan satu Kursus Pemantapan Pasukan Pegawai JAS Gred 41 - 44 yang telah dijalankan secara atas talian iaitu melalui platform zoom. Kursus tersebut dikendalikan oleh penyedia latihan yang dipilih iaitu SyedFaizal Training & Consultant dan dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Gred 41 – 44 yang dipilih. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta untuk memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi. Kursus ini juga akan menekankan tentang pembudayaan semangat bekerjasama dan membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang. Dengan memahami sikap, cara berkomunikasi akan membantu para peserta untuk menjadi pegawai yang memiliki komitmen yang tinggi dan memupuk semangat kerja berpasukan. Di akhir kursus ini, penganjur mengharapkan akan dapat membantu peserta yang terdiri daripada pegawai Gred 29 hingga 44 dalam meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk semangat kerja berpasukan. Kemahiran kerja berpasukan yang dibina ini akan memastikan segala tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna mengikut sistem kerja yang ditetapkan. Selain itu, melalui kursus ini dapat membantu pegawai meningkatkan keyakinan diri selain memberi motivasi kepada para peserta seterusnya memudahkan pelakasanaan tugas dalam organisasi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan