PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

SEMBANG E-WASTE: BB DAN JAS NEGERI BERSAMA KITA MEMPERKASA

DOE WP Putrajaya 28/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMBANG E-WASTE: BB DAN JAS NEGERI BERSAMA KITA MEMPERKASA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/08/2021
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya>Ibu Pejabat

Penerangan

24 Ogos 2021 – Sembang E-Waste : BB dan JAS Negeri Bersama Kita Memperkasa telah dijalankan secara atas talian hari ini dengan penglibatan seramai 58 orang pegawai-pegawai daripada JAS Ibupejabat dan JAS Negeri. Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya iaitu YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi telah menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar. Pembentangan pula telah disampaikan oleh Puan Mazriah Ayu Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya merangkumi perkara seperti aliran mekanisme pengurusan e-waste, garis panduan pusat pengumpulan dan juga pelaksanaan program kesedaran berkaitan e-waste. Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan bersama-sama dengan JAS Negeri bagi memperkukuhkan lagi kerjasama antara Bahagian Bahan Berbahaya dan JAS Negeri dalam memperkasakan pelaksanaan mekanisme pengurusan e-waste ini di Malaysia.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan