Penerangan
21 OGOS 2021, BAYAN LEPAS - Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah dijalankan di kawasan IKS Sungai Tiram, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas Fasa 1 dan Fasa 2 mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis.
Pasukan rondaan memberi fokus kepada beberapa kawasan yang sering kali diadu berlaku aktiviti pembakaran seperti di Batu Uban dan sebelah SK Mutiara Perdana, Bayan Lepas. Beberapa kawasan yang sering berlaku pembakaran terbuka diletak tanda amaran di kawasan yang mudah untuk dilihat oleh orang awam. Edaran pamplet dan maklumat larangan pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk berdekatan.
Pemantauan dan rondaan pencemaran alam sekitar juga diteruskan di sekitar Sungai Dua, Bukit Jambul, Bukit Gambir, Sungai Ara, USM, Batu Uban dan Gelugor. Pemeriksaan mendapati tiada sebarang pencemaran dan aktiviti pembakaran terbuka dikesan