24 Ogos 2021- Perhimpunan Bulanan Bil. 7/2021 telah dijalankan secara maya dengan penglibatan semua pegawai JAS di seluruh Malaysia.
EIA: PEMANGKIN PEMBANGUNAN MALAYSIA LESTARI adalah tema perhimpunan pada kali ini.
Ucapan amanat telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Norlin Jaafar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia (KPAS) dibawa secara lintas langsung dengan penekanan mengenai perkara berikut:
- Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Tetap Berjalan Lancar
- Kehadiran Ke Pejabat
- Penguatkuasaan Sepanjang Tempoh PKP 3.0
- Pengukuhan Prosedur Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling, EIA
• Sambutan Kemerdekaan Negara Yang Ke 64