PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

PENGGUNAAN PESAWAT TANPA PEMANDU (DRONE) JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG TELAH BERJAYA MENGESAN KEJADIAN PEMBAKARAN TERBUKA YANG SEDANG BERLAKU BERHAMPIRAN SUNGAI KULIM, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 25/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGGUNAAN PESAWAT TANPA PEMANDU (DRONE) JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG TELAH BERJAYA MENGESAN KEJADIAN PEMBAKARAN TERBUKA YANG SEDANG BERLAKU BERHAMPIRAN SUNGAI KULIM, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
25/08/2021
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

22 OGOS 2021 – SEBERANG PERAI Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menjalankan pemantauan menggunakan drone di sekitar Kawasan Sungai Kulim, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bagi memantau sebarang aktiviti yang berpotensi mencemarkan alam sekitar di sana.Semasa pemantauan menggunakan pesawat tanpa pemandu (drone), pasukan penguatkuasa telah berjaya menemui lokasi sebenar pembakaran terbuka yang sedang berlaku di mana pasukan penguatkuasa berjaya mengesan pembakaran terbuka di dalam sebuah premis, di Jalan Ara Kuda, Mukim 13, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.Oleh itu, pasukan penguatkuasa telah menjalankan siasatan ke lokasi yang disyaki dan mendapati terdapat longgokan sisa-sisa kayu yang masih terbakar dan berasap ketika pasukan penyiasat tiba ke lokasi. Pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan tegas dengan mengkompaun pemilik premis berjumlah RM 2000 di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melakukan pembakaran terbuka ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan