Penerangan
23 OGOS 2021, BAYAN LEPAS - Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran telah dijalankan di kawasan IKS Diamond Valley, Batu Maung mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pelepasan abnormal dari cerobong-cerobong premis di kawasan tersebut.Pemantauan dan rondaan pencemaran alam sekitar juga diteruskan di sekitar kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Sg. Ara, Bukit Jambul, Bukit Gambir, Batu Uban dan Gelugor mendapati tiada sebarang pencemaran alam sekitar dan pembakaran terbuka dikesan.