Penerangan
MESYUARAT MENGENAI KERJASAMA DALAM PELAKSANAAN PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
17 Ogos 2021, Seremban - Mesyuarat antara JAS Negeri Sembilan dan rakan-rakan industri telah diadakan secara atas talian pada hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Asri bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Operasi 2, JAS Negeri Sembilan adalah bertujuan membincangkan kerjasama dalam melaksanakan program kesedaran alam sekitar sempena sambutan Hari Ozon dan Hari Alam Sekitar Negara yang akan disambut tidak lama lagi