Penerangan
16 Ogos 2021, TAIPING - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan sitaan ke atas sebuah kilang yang mengumpul buangan elektrik dan elektronik tanpa lesen premis yang ditetapkan di Kawasan Perindustrian Tupai pada hari ini.
JAS telah membuat persampelan bagi bahan buangan tersebut sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan penganalisaan.
Siasatan yang dijalankan adalah mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Ogos21