Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA BAGI MEMBINCANGKAN LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR BAGI PEMBINAAN LOJI PULIH GUNA (LUAR TAPAK) DI JALAN NILAM 3, NILAI, NEGERI SEMBILAN
20 Ogos 2021, Seremban – JAS Negeri Sembilan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA, EIA Technical Review Committee (EIA-TRC) Bagi Membincangkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA) Bagi “Proposed Off-Site Recovery of Used Intermediate Bulk Containers (IBC) in PT 27773 at Jalan Nilam 3, Nilai, Negeri Sembilan”.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah JAS Negeri Sembilan. Mesyuarat yang diadakan secara atas talian ini turut dihadiri oleh Agensi Jawatankuasa Teknikal yang lain terdiri daripada Majlis Bandaraya Seremban, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, dan Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan.