Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA BAGI MEMBINCANGKAN LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR BAGI PROJEK RUMAH PERANGINAN (WATER CHALET DAN HOTEL) DI MUKIM PASIR PANJANG, DAERAH PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
19 Ogos 2021, Seremban – JAS Negeri Sembilan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA, EIA Technical Review Committee (EIA-TRC) Bagi Membincangkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA) Bagi “Rumah Peranginan (Water Chalet dan Hotel) di atas PT 90, PT 91, dan PT 92, Berkeluasan 79.28 Ekar (32.08 Hektar), Mukim Pasir Panjang, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus”.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah JAS Negeri Sembilan. Mesyuarat yang diadakan secara atas talian ini turut dihadiri oleh Agensi Jawatankuasa Teknikal yang lain terdiri daripada Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan.