Penerangan
16 Ogos 2021, MANJUNG – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (EIATRC) yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak, Haji Rosli Bin Zul telah diadakan bersama pegawai Seksyen EIA dan agensi teknikal lain secara hibrid. Mesyuarat dianjurkan bagi membincangkan Laporan EIA bagi cadangan projek pembangunan resort di Manjung.
Pembentangan Laporan EIA disampaikan oleh Perunding EIA berkaitan penilaian impak cadangan pembangunan projek tersebut terhadap reseptor sensitif dan cadangan langkah kawalan untuk menangani impak tersebut. Mesyuarat turut dihadiri penggerak projek dan agensi teknikal yang berkepentingan termasuklah wakil Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Pejabat Daerah & Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak.
Mesyuarat ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Ogos21