Penerangan
PEMBENTANGAN TUGASAN OLEH PELAJAR PRAKTIKAL JAS PERA
17 Ogos 2021, IPOH – Dua orang pelajar praktikal JAS Perak dari Universiti Malaysia Pahang hari ini telah membuat pembentangan tugasan berkaitan sistem kawalan pencemaran udara dan sistem pengolahan efluen secara hibrid kepada semua pelajar praktikal di Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak termasuklah yang berada di JAS Cawangan Taiping dan JAS Cawangan Teluk Intan.
Program pembentangan tugasan ini adalah penting bagi pelajar praktikal kerana ia merupakan keperluan sebelum menamatkan latihan praktikal di JAS Perak.
Turut hadir semasa pembentangan dijalankan Penolong Pengarah, Encik Mohamad Zamzani Bin Ibrahim dan PPKT Encik Azhar Bin Zainal Abidin.
Program ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Ogos21