17 Ogos 2021, TAIPING – Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka di kawasan perumahan Taman Ria, Simpang pada hari ini.
Hasil pemeriksaan aduan tersebut telah menemui kesan pembakaran terbuka pada longgokkan sampah sarap di tepi jalan. JAS akan memanjangkan perkara ini ke Pihak Berkuasa Tempatan.
Jabatan Alam Sekitar ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar termasuklah pembakaran terbuka di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected]
Pemeriksaan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Ogos21