Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA EIATRC BAGI CADANGAN CENTRAL SPINE ROAD (CSR) SERTIK KE PERSIMPANGAN LEBUHRAYA TIMUR (CH0-CH8050)
KUANTAN, 03 OGOS 2021- Satu mesyuarat secara atas talian bersama pihak JKR telah diadakan bagi membincangkan laporan EIA bagi cadangan projek CSR di Sertik ke persimpangan LPT. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tn. Hj Mohd Sani b. Mat Daud. Agensi teknikal yang turut hadir bersama adalah planmalaysia Pahang, JMG Pahang, JPS Pahang, Majlis Perbandaran Bentong, JKR Cawangan Cerun serta Ketua Cawangan JAS Temerloh dan pihak perunding yang terlibat.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#03ogos2021