Penerangan
19 Ogos 2021, TRONG - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan pemeriksaan di sebuah premis industri bagi mengenalpasti status pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan SOP PKP 3.0 pada hari ini.
Hasil siasatan tertumpu kepada pemeriksaan di semua bahagian kolam pengolahan efluen premis tersebut. Turut hadir bersama di dalam pemeriksaan tersebut adalah 2 orang pelajar praktikal yang sedang menjalani latihan industri di JAS Taiping.
Pemeriksaan ini telah dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan MKN dan KKM.