Penerangan
KEBAKARAN DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH JABOR-JERANGAU BERJAYA DIKAWAL
GEBENG, 1 OGOS 2021 – Susulan kepada kejadian kebakaran Tapak Pelupusan Sampah (TPS) Jabor-Jerangau jam 8.53 malam (31 Julai 2021), pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng sedang melakukan siasatan, rondaan serta pemantauan dikawasan tersebut dan sekitarnya.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Gebeng dan pihak operator TPS telah bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja pemadaman dan mengawal kebakaran sejak malam semalam. Bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan adalah 56 (moderate) jam 12.00 tengah hari di stesen Balok Baru.
Sehubungan dengan itu orang ramai adalah diingatkan supaya TIDAK melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan kualiti udara di kawasan sekitar.
Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
#jaspahang
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#01ogos2021