PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PENCEMARAN TERBUKA (OMPT) PADA HUJUNG MINGGU

DOE Pahang 25/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PENCEMARAN TERBUKA (OMPT) PADA HUJUNG MINGGU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
25/08/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PENCEMARAN TERBUKA (OMPT) PADA HUJUNG MINGGU GEBENG, 1 OGOS 2021 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang Cawangan Gebeng sangat komited dalam menjalankan rondaan OMPT walaupun pada hari cuti hujung minggu. Pegawai peronda telah menemui satu pembakaran terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berhampiran kawasan Pelabuhan Kuantan. Tindakan penguatkuasaan susulan terhadap pihak terlibat akan diambil dan poster larangan pembakaran terbuka telah ditampal di kawasan tersebut. Orang ramai juga diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00. Operasi rondaan OMPT ini juga dilaksanakan dengan mengambilkira SOP dan langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). #jaspahang #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #01ogos2021

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan