PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN SERTA RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI DAERAH CAMERON HIGHLANDS

DOE Pahang 25/08/2021 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN SERTA RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI DAERAH CAMERON HIGHLANDS
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
25/08/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

SIASATAN ADUAN SERTA RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI DAERAH CAMERON HIGHLANDS 31 JULAI 2021, CAMERON HIGHLANDS - Pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Cameron Highlands telah melakukan siasatan aduan susulan dari aduan yang diterima. Rondaan OMPT pada hari ini menemukan satu kes pembakaran terbuka. JAS telah mengarahkan pekebun berdekatan terus melakukan kerja pemadaman sehingga selesai. Lokasi tersebut telah dikenalpasti dan tindakan perundangan akan diambil selanjutnya. JAS mengingatkan kepada mana-mana pemaju yang menjalankan kerja-kerja pembinaan atau kerja tanah serta pertanian untuk tidak sesekali melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun sebanyak rm2,000.00 untuk setiap kesalahan atau tindakan yang lebih tegas di bawah seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu dikenakan denda sebanyak RM 500,000.00 atau dipenjara selama tempoh 5 tahun. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang #31julai2021

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan