Penerangan
21 Ogos 2021, MANJUNG - Penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan rondaan pemantauan pencemaran di Kawasan Perindustrian Seri Manjung bagi memastikan status pematuhan premis industri yang berterusan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran dikesan di sekitar kawasan pemantauan. JAS Teluk Intan turut menjalankan pemantauan susulan di kawasan pembakaran terbuka yang pernah disiasat sebelum ini dan mendapati tiada pembakaran terbuka dikesan di tempat tersebut.
Rondaan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.