Penerangan
23 Ogos 2021, PARIT BUNTAR - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping dan Seksyen Pengawasan JAS Perak telah bekerjasama menjalankan pemeriksaan dan pengawasan kualiti air sungai di kawasan Bukit Merah, Semanggol hingga ke stesen pemantauan secara automatik Sungai Bogak, Bagan Serai.
Pemeriksaan dijalankan bertujuan untuk mencari punca parameter pH rendah seperti yang direkodkan di stesen pengawasan automatik tersebut. Walau bagaimanapun, hasil siasatan mendapati tidak menemui sebarang punca pencemaran yang boleh menyebabkan kejadian tersebut. Pemantauan melalui dron turut dilakukan oleh JAS Taiping.
Pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.