Penerangan
MAJLIS BACAAN YASIN PERDANA JABATAN ALAM SEKITAR
KUANTAN, 30 JULAI 2021 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menganjur Majlis Bacaan Yasin Perdana. Majlis tersebut telah dijalankan secara maya (atas talian) dengan penglibatan seramai 194 orang warga Jabatan Alam Sekitar dari seluruh Malaysia.
Program bacaan yasin ini telah bermula pada 8.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud, Pengarah JAS Pahang dan bacaan telah diketuai oleh En Muhammad Hamizan b Abu Hassan Pegawai JAS Pahang.
Diakhir Majlis Bacaan Yasin Perdana ini bacaan doa selamat khusus kepada semua saudara mara kakitangan JAS yang telah meninggal dunia dan memohon kesejahteraan serta pertolongan serta perlindungan Allah SWT supaya pandemik COVID-19 di Malaysia berjaya dipulihkan. Di samping itu, didoakan agar kecekalan hati, kekentalan jiwa dan jati diri dari segi mental, fizikal serta emosi warga JAS terus konsisten dan kuat di dalam mengharungi situasi pandemik ini dengan penuh ketabahan, keikhlasan dan kesabaran serta terus mantap dalam menjalankan amanah bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#30julai2021