Penerangan
SIASATAN LOKASI TITIK PANAS YANG DITERIMA MELALUI SATELIT
PEKAN, 29 JULAI 2021 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menjalankan Siasatan terhadap maklumat titik panas (hotspot) yang diperolehi dari satelit.
Pemeriksaan tersebut dijalankan secara rondaan darat dan melalui drone bagi mengesan aktiviti pembakaran terbuka yang telah berlaku ini.
Orang ramai juga diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00.
Operasi siasatan ini juga dilaksanakan dengan mengambilkira SOP dan langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#jaspahang
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#29julai2021