Penerangan
24 Ogos 2021, IPOH – Seksyen EIA JAS Perak telah menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (EIATRC) bagi cadangan projek pembangunan pada hari ini di Manjung.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Encik Abd Aziz bin Parmin dan dihadiri oleh panel pengulas agensi teknikal seperti wakil Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Majlis Perbandaran Manjung, PLANMalaysia@ Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, dan Jabatan Laut Malaysia serta Markas Pengkalan TLDM Lumut.
Perunding alam sekitar yang dilantik telah membentangkan laporan EIA yang dicadangkan.
Mesyuarat ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.