PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Ops Gempur Ogos 2021 Dan Pemeriksaan Pematuhan SOP Di Bawah Akta 342 Oleh JAS Cawangan Sibu

DOE Sarawak 23/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ops Gempur Ogos 2021 Dan Pemeriksaan Pematuhan SOP Di Bawah Akta 342 Oleh JAS Cawangan Sibu
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
23/08/2021
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak

Penerangan

JAS Cawangan Sibu telah menjalankan Ops Gempur 2021 bagi premis kilang kelapa sawit pada 20 Ogos 2021 di Sibu, Sarawak. Operasi ini dijalankan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan juga pematuhan syarat-syarat lesen kilang kelapa sawit. Selain itu, pemeriksaan terhadap pematuhan SOP di bawah Akta 342 juga dijalankan serentak. Melalui pemeriksaan yang dijalankan, premis mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Satu persampelan efluen telah dibuat dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Sibu untuk dianalisa. Tindakan susulan adalah bergantung kepada hasil analisis effluen tersebut. Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan