Satu mesyuarat penyelarasan aduan telah diadakan pada 18 Ogos 2021 di antara para pegawai JAS Cawangan Bintulu dan Seksyen Penguatkuasaan, Bintulu Development Authority (BDA) selaku Pihak Berkuasa Tempatan di Bahagian Bintulu, Sarawak dalam menyelesaikan beberapa aduan yang melibatkan kawasan perumahan awam dan kawasan perindustrian. Mesyuarat juga telah membincangkan bidangkuasa yang berkaitan dan perancangan kerjasama untuk menjalankan operasi bersepadu dalam menangani isu-isu pencemaran alam sekitar. Pihak industri dan orang ramai adalah diingatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar (
environment degradation) seperti melepaskan efluen yang tidak dirawat, melakukan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui talian 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].