Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak adalah di antara beberapa jabatan/agensi yang telah dijemput oleh pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak bagi menyertai taklimat secara atas talian pada 18 Ogos 2021 berhubung Prosedur Operasi Standard Kebenaran Masuk Berurusan Di Pejabat, Jabatan / Agensi Kerajaan Di Sarawak. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Sophian Isswandy Ismail, Pengarah, Majlis Keselamatan Negara, Sarawak. Objektif taklimat adalah untuk menjelaskan Prosedur Operasi Standard Kebenaran Masuk Berurusan Di Pejabat, Jabatan / Agensi Kerajaan Di Sarawak kepada agensi/ jabatan di peringkat Persekutuan supaya Prosedur Operasi Standard berkenaan dapat dipatuhi dan seterusnya dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku disebabkan pandemik Covid-19.