PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN MENCEGAH PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI PERLIS SEMASA CUTI UMUM

DOE Perlis 18/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN MENCEGAH PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI PERLIS SEMASA CUTI UMUM
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
18/08/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

10 Ogos 2021, KANGAR – Pasukan penguatkuasaan EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan di tapak projek EIA di sekitar Guar Nangka dan Lembah Chuping, Perlis. Pemantauan ini adalah bagi memastikan tapak projek EIA yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PPN Fasa 3 ini mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta AKTA 342 walaupun pada hari cuti umum. Hasil pemantauan mendapati tapak projek EIA di Guar Nangka tidak beroperasi pada cuti umum. Manakala, tapak projek EIA di Lembah Chuping, Perlis yang menjalankan aktiviti pembangunan bercampur didapati beroperasi dan menjalankan aktiviti kerja-kerja tanah di tapak. Hasil pemeriksaan di tapak projek ini mendapati beberapa komponen BMPs yang bertujuan mencegah pencemaran diselenggara dengan baik. Secara amnya tapak projek EIA ini juga patuh dari segi penyediaan buku daftar, kod QR MySejahtera, jangkasuhu, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka. Program penguatkuasaan ini akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut SOP daripada pihak MKN dan KKM sepanjang fasa ketiga PPN ini. Kehadiran penguatkuasa Jabatan ini di lapangan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan