PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN PREMIS TERHADAP AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) DAN AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT 1988 (AKTA 342)

DOE Perlis 23/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN PREMIS TERHADAP AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) DAN AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT 1988 (AKTA 342)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
18/08/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

17 Ogos 2021, KANGAR – Pasukan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa premis di sekitar kawasan Kangar bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dipatuhi sepenuhnya sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan. Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang pelepasan atau pembuangan dikesan melebihi had yang ditetapkan di bawah Akta 127 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Hasil pemeriksaan di bawah Akta 342 juga mendapati pihak premis mempunyai surat kebenaran beroperasi daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), para pekerja juga memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal, pihak premis juga ada menyediakan kemudahan seperti thermal scanner, buku daftar atau QR Code MySejahtera. Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan