Penerangan
28 & 29 Julai 2021, KANGAR - Bagi memantapkan lagi pengurusan buangan terjadual di negeri Perlis khususnya dikalangan warga kampus, satu Kursus Pengurusan Buangan Terjadual telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis. JAS Perlis telah terlibat secara langsung sebagai tenaga pengajar dalam kursus ini melibatkan dua orang pegawai iaitu Puan Nur Kamilah binti Md. Isa, Pegawai Kawalan Alam Sekitar dan Encik Faisal bin Abdul Rahman, Penolong Jurutera.
Kursus ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan warga UniMAP dan orang awam. Diharapkan kursus ini dapat memantapkan lagi kefahaman tentang peranan JAS dan masyarakat tentang kaedah pengurusan buangan terjadual yang betul.