PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEMPEN HARI PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (BEE) BIL. 7/2021 PADA SABTU TERAKHIR SETIAP BULAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

DOE Perlis 18/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN HARI PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (BEE) BIL. 7/2021 PADA SABTU TERAKHIR SETIAP BULAN PERINGKAT NEGERI PERLIS
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
18/08/2021
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

31 Julai 2021, KANGAR – Pandemik Covid-19 yang melanda negara tidak mematahkan semangat dan komitmen berterusan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis bagi meneruskan Kempen Hari Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) pada hari Sabtu terakhir setiap bulan. Berbeza dengan bulan-bulan yang lepas, kempen pengumpulan BEE pada bulan ini dibuat secara kutipan dari rumah ke rumah berdasarkan temujanji awal yang dibuat dengan memastikan pematuhan kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah ditetapkan diamalkan sepanjang kempen dijalankan. Sebanyak 169kg BEE berjaya dikumpulkan pada hari ini dan diharapkan dengan usaha berterusan ini tahap kesedaran akan dapat ditingkatkan dan seluruh warga negeri Perlis mendapat manfaat di dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terus lestari selari dengan pembangunan negeri. Bak kata pepatah “sikit-sikit lama-lama jadi bukit” begitulah kempen ini tetap diteruskan agar kesedaran terhadap pengurusan buangan elektrik dan elektronik yang baik sampai kepada setiap lapisan masyarakat. "Ayuh Kumpul 800 Tan E-Waste" "E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan