Penerangan
2 Ogos 2021, IPOH – JAS Cawangan Teluk Intan dengan kerjasama Seksyen Perlesenan dan Notifikasi JAS Perak telah menganjurkan sesi perbincangan bersama premis industri yang terletak di Kawasan Perindustrian Kg Acheh berkaitan naiktaraf sistem pengolahan efluen sediada.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli Bin Zul turut membincangkan status pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan yang berkaitan. Turut hadir dalam sesi perbincangan ini adalah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Encik Abdul Aziz Bin Parmin.
Sesi perbincangan tersebut telah dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.