Penerangan
2 Ogos 2021, IPOH - Penguatkuasa JAS Perak telah bertindak memasang poster larangan pembakaran terbuka sebagai tanda amaran keras di sebuah tanah kosong yang terletak dalam kawasan perumahan di Buntong pada hari ini.
JAS Perak berbuat demikian susulan aduan pembakaran terbuka yang diterima dari orang awam. Hasil siasatan mendapati terdapat kesan pembakaran sisa tumbuhan yang dibersihkan di tanah lapang terbabit. JAS akan mengambil tindakan perundangan terhadap pemilik tanah tersebut.
Siasatan penguatkuasaan ini dijalankan mengikut SOP yang digariskan oleh MKN dan KKM.