Penerangan
3 Ogos 2021, TAIPING - Empat orang pelajar praktikal yang sedang menjalani latihan industri di Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping telah menyertai webinar bertajuk Webinar Penyiasatan Forensik Air Sungai anjuran JAS dan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) secara atas talian pada hari ini.
Turut serta hadir dalam webinar tersebut adalah pegawai dari JAS Cawangan Taiping.
Sesi pembelajaran ini dijalankan mengikut SOP yang digariskan oleh MKN dan KKM.