Penerangan
3 Ogos 2021, LARUT MATANG – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping pada hari ini telah menyertai lawatan tapak bagi cadangan pembangunan kemudahan pengurusan sisa bersepadu di Batu Kurau.
Turut hadir di dalam lawatan ini ialah Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Encik Mohamed Akmal Bin Dahalan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dan Majlis Perbandaran Taiping.
Lawatan ini telah dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.