Penerangan
3 Ogos 2021, MANJUNG – Penguatkuasa JAS Perak telah menjalankan lawatan kerja secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal ke atas dua projek kuari di Segari, Manjung. Lawatan kerja tersebut turut melibatkan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin.
JAS Perak telah diketuai oleh Pengarah, YBrs. Haji Rosli Bin Zul dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Encik Abdul Aziz Bin Parmin serta Seksyen Post EIA. Agensi teknikal yang hadir sama ialah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak.
Tindakan perundangan yang dikenakan ke atas dua kuari tersebut telah diambil mengikut bidang kuasa agensi masing-masing.
Program lawatan kerja ini telah dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.