Penerangan
4 Ogos 2021, PARIT BUNTAR - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan siasatan terhadap hotspot dan aduan pembakaran terbuka di sekitar Parit Buntar.
Hasil siasatan yang dijalankan telah mendapati kesan kebakaran sampah domestik dan tumbuhan di rezab jalan dan parit. JAS bertindak memberikan nasihat dan amaran larangan pembakaran terbuka kepada penduduk yang ditemui supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pembakaran terbuka yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
Siasatan yang dijalankan adalah mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.