Penerangan
5 Ogos 2021, IPOH – JAS Perak pada hari ini telah menganjurkan sesi libat urus secara hibrid bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan penempatan kilang haram dalam daerah Kinta. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin.
Platform libat urus tersebut melibatkan kehadiran agensi berkaitan seperti Majlis Daerah Batu Gajah, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta serta Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Sesi ini banyak membincangkan status tindakan perundangan mengikut bidang kuasa agensi masing-masing.
Perbincangan ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.